Pelabelan
Peraturan-Peraturan Tembakau (Pelabelan) (Pindaan), 2012
- Peraturan yang menetapkan cara dan ciri-ciri pelabelan ke atas pembungkusan tembakau dan produk tembakau yang dibenarkan bagi pengedaran dan penjualan di Negara Brunei Darussalam.
- Ini adalah pindaan dari peraturan asalnya iaitu "Peraturan-Peraturan Tembakau (Pelabelan), 2007".
- Pindaan-pindaan yang dibuat ke atas "Pemberitahuan Tembakau (Larangan di Tempat-Tempat Tertentu), 2007" termasuklah;
- Menambah saiz amaran kesihatan bergambar yang dicetak pada setiap bekas produk tembakau samada yang berasap atau tanpa asap, dari 50% kepada 75% dari jumlah luas permukaan bekas yang padanya amaran itu dicetak;
- Menggantikan amaran maklumat kesihatan dan sekatan jualan pada setiap bekas rokok dengan amaran-amaran baru.
- Menggantikan semua gambar-gambar Amaran Kesihatan dengan yang baru.
Pindaan ini mula dikuatkuasakan pada 1 Mac 2012 dan masih berkuatkuasa hingga sekarang.
Peraturan-Peraturan Tembakau (Pelabelan) (Pindaan) 2012 Muat turun di sini |
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Peraturan sebelum pindaan ialah;
Peraturan-Peraturan Tembakau (Pelabelan), 2007
Tarikh dikuatkuasakan: 1 Jun 2008 hingga 28 Feb 2012
Peraturan-Peraturan Tembakau (Pelabelan), 2007 Muat turun di sini. |