Sign In

INSTRUCTION ON SELF-ISOLATION POLICY

(updated 17 March 2020)


Commencing 17 March 2020, any individual arriving in Brunei Darussalam, regardless of nationality, is required to self-isolate. They will be served a Self-Isolation Notice at the border control post. Under the Infectious Disease Act, Cap. 204, they must (i) remain at their primary place of residence and (ii) refrain from any outside activities for a period of 14 days from the date of arrival. Failure to comply with the Self-Isolation Notice is an offence under the law. The penalty for this offence includes imprisonment up to a period of 6 months, or a fine up to $10,000, or both.


You must seek immediate health advice by calling the Health Advice Line on 148 if you develop symptoms of fever, or respiratory symptoms such as coughing or shortness of breath during the self-isolation period. 


During the self-isolation period, you must follow the health advice as outlined below. 

  • Limit contact with your household members. Try to stay in a different room or, if that is not possible, maintain a distance of at least two metres from everyone else (e.g. sleeping in separate bed from your spouse, especially if your spouse is not under isolation too). 
  • Wash your hands with soap and water regularly especially before and after preparing food, before eating, after using the toilet, and whenever hands look dirty. 
  • Ensure that shared spaces (e.g. kitchen, bathroom) and your own room are well ventilated (e.g. open your windows for a few hours every day). 
  • If, for any reason, you find yourself in the company of others, please ensure you wear a surgical mask. 
  • Use disposable paper towels to dry your hands; if they are not available, use a specific cloth towel only to be used by yourself and replace them when they become wet. 
  • Discard materials used to cover the mouth or nose, or clean them appropriately after use (e.g. wash handkerchiefs using regular soap or detergent and water). 
  • Place your disposable tissues, masks and other waste in a separate plastic bag before disposing with your other household trash. 
  • Avoid sharing eating utensils, drinks, towels, washcloths or bed linen. You should clean your own eating utensils and dishes with detergent and water after use. 
  • Clean frequently touched surfaces such as bedside tables, bedframe, and other bedroom furniture daily with regular household cleaners (e.g. Clorox or Dettol). 
  • Clean bathroom and toilet surfaces daily with regular household cleaners or a diluted bleach solution. 
  • Your clothes, bedclothes, bath and hand towels, etc., can be cleaned using regular laundry soap and water. Place dirty clothing into a laundry bag. 
  • You must avoid going out of the house or going to public places during the self-isolation period.


FOR FURTHER INFORMATION OF THIS SELF-ISOLATION POLICY, PLEASE CONTACT THE HEALTH ADVICE LINE 148.



-------------------------------------------------------------------------------------------


ARAHAN MENGENAI DASAR PENGASINGAN DIRI

(dikemaskini 17 Mac 2020)


Mulai 17 Mac 2020, sesiapa yang tiba di Negara Brunei Darussalam, tanpa mengira kerakyatan adalah dikehendaki untuk menjalani pengasingan diri. Mereka akan diberikan Notis Pengasingan Diri di pos-pos kawalan masuk di negara ini. Dibawah Akta Penyakit Berjangkit, Penggal 204, mereka adalah (i) dimestikan untuk tinggal di rumah sahaja dan (ii) tidak dibenarkan untuk memasuki mana-mana tempat awam selama 14 hari dari tarikh ketibaan. Kegagalan menuruti perintah pengasingan diri ini adalah satu kesalahan undang-undang. Jika sabit kesalahan akan didenda tidak melebihi B$10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.


Awda mestilah mendapatkan nasihat kesihatan melalui Talian Nasihat Kesihatan 148 jika awda mengalami demam panas, atau tanda-tanda jangkitan pernafasan seperti batuk atau sesak nafas sepanjang tempoh pengasingan. 


Di sepanjang tempoh pengasingan diri, awda hendaklah mematuhi nasihat kesihatan berikut:

Hadkan hubungan dengan ahli keluarga awda di rumah. Seboleh-bolehnya gunakan bilik yang berasingan, atau sekurang-kurangnya pastikan awda menjauhkan diri dalam jarak dua meter dari orang lain (seperti tidur di katil yang berasingan dari pasangan awda, terutamanya jika pasangan awda tidak diarahkan untuk mengasingkan diri). 

  • Cuci tangan dengan sabun dan air dengan kerap, terutamanya sebelum dan selepas menyediakan makan, sebelum makan, selepas menggunakan tandas dan apabila tangan kotor. 
  • Pastikan kawasan umum (seperti dapur atau bilik mandi) dan bilik awda mempunyai pengudaraan yang baik (buka tingkap beberapa jam setiap hari) 
  • Pakai penutup hidung dan mulut (mask) jika awda berdekatan dengan orang lain. 
  • Gunakan tisu atau tuala pakai buang (napkin) untuk mengelap tangan awda, atau tuala yang khusus untuk awda sendiri dan diganti apabila basah. 
  • Buang atau cuci tuala yang sudah dipakai untuk menutup mulut atau hidung awda (cuci sapu tangan sepenuhnya menggunakan sabun pencuci dan air).
  •  Simpan barang-barang yang telah digunakan dan yang hendak dibuang seperti tisu, penutup hidung dan muka, dan sisa buangan pepejal lain di dalam beg plastic yang berasingan sebelum dibuang ke tong sampah. 
  • Elakkan berkongsi peralatan makanan, minuman, tuala, kain cucian, cadar dan selimut. Bersihkan pinggan mangkuk sendiri menggunakan cecair pencuci pinggan dan air. 
  • Kerap mencuci permukaan meja, katil dan perabot bilik awda dengan cecair pembunuh kuman yang biasa didapati di rumah (seperti Clorox atau Dettol). 
  • Kerap mencuci tempat mandi, lantai dan tandas meggunakan cecair pembunuh kuman seperti Clorox. 
  • Pakaian, cadar, selimut dan tuala yang telah dipakai boleh dicuci dengan sabun pencuci pakaian dan air. Kumpulkan pakaian dan barangan kotor pada satu bekas. 
  • Elakkan dari keluar rumah atau pergi ke tempat awam di sepanjang tempoh pengasingan. 


UNTUK MAKLUMAN LANJUT MENGENAI DASAR PENGASINGAN DIRI INI, SILA HUBUNGI TALIAN NASIHAT KESIHATAN 148.




-------------------------------------------------------------------------------------------


OTHER LANGUAGES


自我隔离指南

BENGALI



-------------------------------------------------------------------------------------------



1410611-200.png