Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Bengkel Perpaduan Kebangsaan IHR-PVS Negara Brunei Darussalam 22-24 April 2025

Bengkel Perpaduan Kebangsaan IHR-PVS Negara Brunei Darussalam 22-24 April 2025

April 26, 2025

Selasa, 23 Syawal 1446H / 22 April 2025 – Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan sedang mengendalikan Bengkel Perpaduan Kebangsaan International Health Regulations (IHR) – Performance of Veterinary Services (PVS) selama tiga hari bermula 22 hingga 24 April 2025 bertempat di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

 

Bengkel tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Kumpulan Kuadripartit Asia-Pasifik yang terdiri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH), Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) dan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP). Ia menghimpunkan pihak-pihak berkepentingan utama negara serta pakar antarabangsa bagi memperkukuhkan rangka kerja keselamatan kesihatan negara melalui kerjasama pelbagai sektor yang lebih berdayatahan.

 

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dr. Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, diikuti dengan ucapan daripada Dayang Noralinda binti Haji Ibrahim, Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Seramai 50 orang peserta menghadiri bengkel ini, termasuk pegawai-pegawai kanan dari sektor kesihatan manusia, kesihatan haiwan, dan alam sekitar serta pakar-pakar One Health dari Bhutan, Thailand, Republik Demokratik Rakyat Lao, Malaysia dan Republik Filipina.

 

Inisiatif ini menunjukkan komitmen Negara Brunei Darussalam dalam melaksanakan Pelan Tindakan Bersama One Health Kuadripartit dan Pengisytiharan Pemimpin ASEAN mengenai Inisiatif One Health yang telah digunakan pada tahun 2023. Kedua-dua rangka kerja ini menekankan kepentingan pendekatan bersepadu dalam menangani cabaran keselamatan kesihatan yang kompleks, khususnya berkaitan penyakit zoonotik yang berpotensi menjadi pandemik.

 

Sepanjang tiga hari bengkel ini, para peserta akan merancang cara yang praktikal dan mudah dilaksanakan bagi melaksanakan rangka kerja IHR dan PVS di Negara Brunei Darussalam. Melalui perbincangan yang mendalam, mereka akan mengenal pasti peranan setiap sektor dengan lebih jelas, menentukan bidang yang perlu diberi keutamaan, dan menetapkan matlamat yang boleh diukur untuk meningkatkan keselamatan kesihatan negara.

 

Kementerian Kesihatan mengiktiraf sumbangan teknikal yang bernilai daripada rakan-rakan Kuadripartit Asia-Pasifik, serta sokongan berterusan daripada Global Affairs Canada melalui Program Mitigasi Ancaman Biologi ASEAN (ASEAN MBT).

 

Bengkel berkenaan merupakan satu pencapaian penting dalam memajukan inisiatif One Health Negara Brunei Darussalam — satu pendekatan transformatif dalam menangani ancaman kesihatan pelbagai dimensi yang berada di persimpangan kritikal antara kesihatan manusia, haiwan, tumbuhan dan alam sekitar. Melalui pengukuhan rangka kerja kerjasama pelbagai sektor, Negara ini mengambil langkah yang tegas dalam menangani cabaran yang rumit seperti penyakit zoonotik, kerintangan antimikrob dan keselamatan makanan. Hasil daripada bengkel ini akan membentuk asas kukuh bagi sistem keselamatan kesihatan negara yang lebih bersepadu dan proaktif, memastikan Negara Brunei Darussalam terus berada di barisan hadapan dalam pelaksanaan One Health dan kesiapsiagaan terhadap ancaman kesihatan pada masa kini.

– T A M A T –

 

Tarikh : 23 Syawal 1446H / 22 April 2025M

Rujukan: KK/PR/3/1

Other News Highlights

Senarai Tuntutan Wang Cengkeram Wad Persendirian Dari Tahun 2016 Hingga Tahun 2024

Rabu, 19 Jamadilakhir 1447H / 10 Disember 2025 – Kementerian Kesihatan melalui Unit Kutipan Hasil, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) ingin memaklumkan...

Sesi Muzakarah Kementerian Kesihatan Bersama Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara

Selasa, 04 Jamadilakhir 1447H bersamaan 25 November 2025M – Sesi Muzakarah Kementerian Kesihatan bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) diadakan pada hari ini bertempat...

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2025

Ahad, 02 Jamadilakhir 1447H / 23 November 2025 – Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia merupakan acara tahunan yang diraikan selaras dengan pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...

Amaran Keselamatan Produk: Herba Hw Beauty Serbuk Campuran Kurma, Madu & Limau Kasturi

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai agar tidak membeli atau mengambil produk herba, HW Beauty Serbuk Campuran Kurma, Madu & Limau Kasturi susulan...

Majlis Penyerahan Dua Buah Ambulans Penjagaan Intensif Dengan Tekanan Negatif

Selasa, 27 Jamadilawal 1447H / 18 November 2025 – Kementerian Kesihatan hari ini mengadakan Majlis Penyerahan dua (2) buah Ambulans Penjagaan Intensif Dengan Tekanan...

Sambutan Hari Diabetis Sedunia 2025 bagi Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait

Isnin, 26 Jamadilawal 1447H / 17 November 2025 – Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait telah mengadakan Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2025 bagi Daerah...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2025 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search