Khamis, 15 Ramadhan 1446H bersamaan 05 Mac 2026 – Kementerian Kesihatan dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Bertahlil dan Penyerahan Sumbangan Wakaf Kementerian Kesihatan sempena bulan Ramadhan di Masjid Kampong Sungai Buluh. Majlis ini diadakan untuk mengimarahkan dan menyemarakkan lagi bulan mulia dan mubarak ini, di samping mendapatkan keberkatan dan ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wata’ala.
Tetamu Kehormat Majlis ini ialah Yang Mulia Pg Mohammad Khiruddin bin Pg Hj Yusiff, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Kementerian Kesihatan.
Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Asar berjemaah dan diikuti dengan bacaan tahlil yang ketuai oleh Yang Mulia Imam Haji Mohamad Nadzri bin Haji Abdul Karim , Ketua Imam Masjid Kampong Sungai Buluh. Selesai bertadarus, Yang Mulia Tetamu Kehormat menyampaikan sumbangan wakaf kepada Yang Mulia Imam Haji Mohamad Nadzri bin Haji Abdul Karim, Ketua Imam Masjid Kampong Sungai Buluh berupa:
- Aroma Diffuser Machine – Residence sebanyak 2 unit; dan
- Aroma Diffuser Machine – Big Space sebanyak 2 unit.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Dr. Haji Md Khalifah bin Pengiran Haji Ismail, Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, pengarah-pengarah, beserta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.
-TAMAT-
Rujukan : KK/JDP/PR 3