Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Doa Selamat Bagi Rombongan Bi’thah Perubatan Haji Dan Bakal-Bakal Jemaah Haji Kementerian Kesihatan Dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya Bagi Tahun 1446H / 2025M

Majlis Doa Selamat Bagi Rombongan Bi’thah Perubatan Haji Dan Bakal-Bakal Jemaah Haji Kementerian Kesihatan Dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya Bagi Tahun 1446H / 2025M

April 30, 2025

Rabu, 2 Zulkaedah 1446H / 30 April 2025 – Bagi sama-sama meraikan rombongan Bi’thah Perubatan Haji dan warga Kementerian Kesihatan yang bakal menunaikan fardu haji pada tahun ini, Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Doa Selamat bagi Rombongan Bi’thah Perubatan Haji dan Bakal Jemaah Haji Kementerian Kesihatan bagi Tahun 1446H / 2025M, bertempat di Dewan Al-’Afiah, Kementerian Kesihatan.

 

Hadir selaku wakil Menteri Kesihatan, ialah Yang Mulia Dr Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan,

 

Majlis ini bertujuan bagi memohon keberkatan dan perlindungan Allah SWT supaya seluruh ahli rombongan bi’thah haji perubatan dan bakal jemaah haji diberi keselamatan, kesihatan, dan kekuatan sepanjang menjalankan ibadah haji; meraikan dan memberi tanda penghargaan atas amanah yang akan dipikul oleh bi’thah perubatan serta mengiktiraf bakal jemaah atas rezeki menjadi tetamu Allah SWT; serta memohon agar segala tugasan kesihatan dan perkhidmatan yang akan dilaksanakan, dipermudahkan dan berjalan dengan lancar serta penuh hikmah.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Rombongan Bi’thah Perubatan Haji bagi Musim Haji 1446H / 2025M, Dr Haji Aziman bin Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri Haji Yaakub.

 

Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan derma kepada bakal jemaah haji seramai 28 penerima yang terdiri daripada 8 lelaki dan 20 perempuan daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.

 

Setelah itu, majlis diikuti dengan Penyerahan Sijil Perlindungan Skim Takaful Duyufur Rahman dari Insurans Islam TAIB General Takaful Sdn. Bhd. dan Cenderamata Bagasi Khas dari Darussalam Holdings Sdn. Bhd. bagi Rombongan Pegawai Perubatan Haji Kementerian Kesihatan bagi Tahun 1446H / 2025M. Pada tahun ini, seramai 20 orang Pegawai-Pegawai Perubatan Haji yang mengikuti rombongan, terdiri daripada 6 pegawai perubatan dan 14 pegawai kejururawatan. Seperti lazimnya, sebahagian daripada pegawai-pegawai perubatan haji ini akan bertolak lebih awal dan yang lainnya akan mengiringi jemaah di setiap penerbangan.

 

Turut hadir ialah Yang Mulia Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan); Awang Haji Mahmud bin Haji Mohamed, Pengarah Urusan Darussalam Holdings Sdn. Bhd.; Dayang Zamzaipa binti Haji Ismail, Pemangku Pengarah Urusan Insurans Islam TAIB Holdings Sdn. Bhd,; Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, serta pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.

 

 

-T A M A T –

 

 

Tarikh             : 2 Zulkaedah 1446H / 30 April 2025M

Rujukan           : KK/PR/3/1

Other News Highlights

Senarai Tuntutan Wang Cengkeram Wad Persendirian Dari Tahun 2016 Hingga Tahun 2024

Rabu, 19 Jamadilakhir 1447H / 10 Disember 2025 – Kementerian Kesihatan melalui Unit Kutipan Hasil, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) ingin memaklumkan...

Sesi Muzakarah Kementerian Kesihatan Bersama Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara

Selasa, 04 Jamadilakhir 1447H bersamaan 25 November 2025M – Sesi Muzakarah Kementerian Kesihatan bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) diadakan pada hari ini bertempat...

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2025

Ahad, 02 Jamadilakhir 1447H / 23 November 2025 – Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia merupakan acara tahunan yang diraikan selaras dengan pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...

Amaran Keselamatan Produk: Herba Hw Beauty Serbuk Campuran Kurma, Madu & Limau Kasturi

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai agar tidak membeli atau mengambil produk herba, HW Beauty Serbuk Campuran Kurma, Madu & Limau Kasturi susulan...

Majlis Penyerahan Dua Buah Ambulans Penjagaan Intensif Dengan Tekanan Negatif

Selasa, 27 Jamadilawal 1447H / 18 November 2025 – Kementerian Kesihatan hari ini mengadakan Majlis Penyerahan dua (2) buah Ambulans Penjagaan Intensif Dengan Tekanan...

Sambutan Hari Diabetis Sedunia 2025 bagi Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait

Isnin, 26 Jamadilawal 1447H / 17 November 2025 – Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait telah mengadakan Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2025 bagi Daerah...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2025 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search