Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Gangguan Bekalan Eletrik di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha

Gangguan Bekalan Eletrik di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha

January 15, 2026

Rabu, 24 Rejab 1447H / 14 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) telah mengalami gangguan bekalan eletrik yang tidak dijangka, yang menjejaskan sebahagian wad di hospital berkenaan. Wad-wad yang terlibat termasuk Wad 1, 2 ,6,7, 12,14, 19, 20, 23 dan Unit Rawatan Jantung.

 

Susulan kejadian tersebut, siasatan teknikal telah dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar gangguan. Pada masa yang sama kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaran telah dan sedang giat dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka akan mengambil sedikit masa bagi memastikan bekalan elektrik dapat dipulihkan sepenuhnya dan selamat untuk digunakan.

 

Pihak Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha akan memaklumkan dari semasa ke semasa kepada pesakit dan pengunjung mengenai status pembaikan, serta sebarang kemudahan atau perkhidmatan yang terjejas. Kementerian Kesihatan memandang serius perkara ini dan komited untuk memastikan perkhidmatan yang selamat dan berterusan bagi kesejahteraan semua pesakit.

 

Kementerian Kesihatan ingin memohon maaf atas sebarang kesulitan dan ketidakselesaan yang dialami oleh pesakit, ahli keluarga serta orang ramai. Kefahaman, kerjasama dan kesabaran orang ramai ke arah ini adalah sangatsangat dihargai.

 

Bagi sebarang maklumat terkini, orang ramai bolehlah melayari laman web rasmi Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.bn, mengikuti media sosial rasmi @mohbrunei dan @ripash.bn atau menghubungi Talian Darussalam 123.

-TAMAT-

Rujukan: KK/JDP/PR 3

Other News Highlights

Yang Berhormat Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam Menghadiri Persidangan Tahunan Forum Zhongguancun 2026 Di Beijing, Republik Rakyat China

Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan telah menghadiri Persidangan Tahunan Forum Zhongguancun 2026 (The 2026 ZGC Forum Annual Conference)...

Situasi Penyakit Meningokokal Di United Kingdom Dan Penilaian Risiko Kepada Negara Brunei Darussalam

Rabu, 28 Ramadhan 1447H / 18 Mac 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai kejadian wabak penyakit meningokokal yang dilaporkan di...

Majlis Bertadarus Dan Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim Bagi Warga Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam Dan Pejabat Kesihatan Temburong Sempena Bulan Ramadhan 1447H/2026M

Selasa, 20 Ramadhan 1447 bersamaan 10 Mac 2026 – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Bertadarus Al-Quran (Bacaan Juzuk 26) diselajurkan dengan Bacaan Tahlil dan Doa...

Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran, Khatam Al-Quran Dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Bagi Kementerian Kesihatan Dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya Tahun 1447H/2026M

Selasa, 20 Ramadhan 1447H Bersamaan 10 Mac 2026M – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran, Khatam Al-Quran dan Penyampaian Derma kepada anak-anak yatim...

MOH Prihatin 1447H/2026M

Ahad, 18 Ramadhan 1447H bersamaan 08 Mac 2026M– Kementerian Kesihatanmengadakan lawatan ke rumah-rumah pesakit yang kurang berkemampuan bagi menyampaikan sumbangan derma, barang-barang keperluan asasi...

Majlis Bertahlil Dan Penyerahan Sumbangan Wakaf Kementerian Kesihatan Sempena Bulan Ramadhan 1447H/2026M

Khamis, 15 Ramadhan 1446H bersamaan 05 Mac 2026 – Kementerian Kesihatan dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Bertahlil dan Penyerahan Sumbangan Wakaf Kementerian Kesihatan...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search