Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Pengemaskinian Dasar Caj Perkhidmatan Kesihatan Bagi Penduduk Tetap Yang Tidak Mempunyai Taraf Kewarganegaraan

Pengemaskinian Dasar Caj Perkhidmatan Kesihatan Bagi Penduduk Tetap Yang Tidak Mempunyai Taraf Kewarganegaraan

March 1, 2025

Khamis, 28 Syaaban 1446H bersamaan 27 Februari 2025 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi pengemaskinian dasar caj perkhidmatan kesihatan khususnya bagi penduduk tetap yang tidak mempunyai taraf kewarganegaraan (stateless).

Dengan perubahan ini, penduduk tetap yang tidak mempunyai taraf kewarganegaraan hanya akan dikenakan caj pendaftaran sebanyak BND 1, berbanding BND 3 sebelum ini. Selain itu, konsultasi, rawatan-rawatan termasuk rawatan bagi strok, kardiovaskular dan kanser dan caj perkhidmatan kesihatan adalah diselaraskan dengan Skim Pembayaran Kementerian Kesihatan bagi rakyat Negara Brunei Darussalam.

Kementerian Kesihatan juga ingin menyarankan kepada mereka yang hendak mendapatkan rawatan untuk membawa dokumen-dokumen yang penting seperti kad pengenalan peribadi atau pasport bagi memudahkan sebarang urusan.

Pengemaskinian ini diharapkan dapat memastikan bahawa rakyat Negara Brunei Darussalam dan penduduk tetap yang tidak mempunyai taraf kewarganegaraan (stateless) menerima rawatan kesihatan yang sewajarnya. Ini sejajar dengan komitmen Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, inklusif, dan mampu diakses oleh semua lapisan masyarakat.

Kementerian Kesihatan akan terus berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam sentiasa terpelihara.

Pelaksanaan perubahan dasar tersebut akan berkuatkuasa dengan serta merta.

Untuk maklumat dan perhubungan lanjut, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn, Instagram @mohbrunei atau Talian Darussalam 123 serta mana-mana fasiliti kesihatan yang berdekatan.

 

-TAMAT-

 

Rujukan         : KK/PR/1

Tarikh            : 27 Februari 2025M / 28 Syaaban 1446H

Other News Highlights

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan (17th ASEAN Health Ministers Meeting And Related Meetings) telah bersidang di Kuala Lumpur, Malaysia pada...

Health Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public to five (5)...

Cosmetic Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public on ONE cosmetic...

Nasihat Kesihatan Semasa Jerebu

Selasa, 1 September 2026M / 19 Rabiulawal 1448H – Berikutan dengan Siaran Akhbar Bersama mengenai situasi jerebu di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan pada...

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2026 Bagi Daerah Temburong

Rabu, 13 Rabiulawal 1448H bersamaan 26 Ogos 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Sambutan...

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 1448 Hijrah / 2026 Masehi

Sabtu, 16 Rabiulawal 1448H / 29 Ogos 2026M – Jabatan Perkhidmatan Pergigian dan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulud Nabi...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X