Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

April 6, 2026

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan satu (1) produk kesihatan seperti tersenarai di bawah. Berdasarkan hasil laporan ujian makmal Bahagian Farmasi, Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan telah mendapati bahawa produk berkenaan mengandungi bahan aktif farmaseutikal yang tidak diisytiharkan, yang dikawal di bawah Akta Ubat Penggal, 285 dan tidak dibenarkan dalam Produk Kesihatan.

 

Produk Kesihatan berkenaan adalah seperti berikut:

No.

Nama Produk

Pengilang

Dicemari dengan

1.

Bainian Ginkgo Niao Suan Wan

(Pil Urik Asid)

Zidetang, Taiwan

Dexamethasone/ Betamethasone

 

Penggunaan bahan-bahan ini tanpa pemantauan perubatan, boleh menyebabkan kesan mudarat yang membahayakan kesihatan, terutamanya jika diambil secara berterusan. 

 

Pengambilan steroid seperti Dexamethasone dan Betamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan perubatan boleh menyebabkan peningkatan  paras gula dalam darah yang boleh mengakibatkan penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, katarak, penyakit otot dan tulang seperti osteoporosis, peningkatan risiko jangkitan, serta boleh mengakibatkan Cushing’s syndrome. Ciri-ciri Cushing’s syndrome adalah seperti muka bulat  (moon face) serta kegemukkan pada bahagian  atas badan dengan anggota tangan dan kaki yang kelihatan kurus. Penghentian steroid secara mendadak tanpa pengawasan perubatan boleh menyebabkan gejala penarikan (withdrawal symptoms). Gejala-gejala penarikan  termasuk keletihan, sakit otot dan sendi, demam, paras gula darah rendah, tekanan darah yang rendah serta dehidrasi.

 

Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan bagi penjualan produk tersebut. Sehubungan dengan dapatan ini, produk berkenaan adalah dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam.

 

Orang ramai yang telah membeli atau memakan produk tersebut adalah dinasihatkan untuk memberhentikan pengambilannya dengan serta merta. Jika mereka mengalami kesan sampingan dan merasa tidak sihat selepas memakan produk berkenaan, hendaklah berjumpa doktor dengan segera. 

 

Orang ramai dinasihatkan agar mendapatkan nasihat daripada doktor atau pegawai farmasi sebelum mengambil sebarang produk kesihatan. Elakkan daripada membeli atau menggunakan produk dari sumber yang tidak diketahui, khususnya melalui platform dalam talian. Orang ramai juga dinasihatkan untuk meneliti setiap tuntutan produk dengan berwaspada, terutamanya produk yang mendakwa memberi kesan segera atau ‘tiada kesan sampingan’.

 

Orang ramai yang terlibat dalam penjualan produk tersebut (termasuk penjualan secara dalam talian seperti melalui Facebook dan sebagainya) adalah diingatkan bahawa ia menjadi satu kesalahan di bawah Akta Ubat, Penggal 285 untuk menjual produk berkenaan yang mengandungi bahan yang dikawal di bawah Akta berkenaan dan denda kompaun boleh dikenakan. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi $5000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

 

Kementerian Kesihatan juga ingin memohon kerjasama dari orang ramai untuk melaporkan jika sekiranya mendapati produk berkenaan masih dipasarkan di negara ini atau mana-mana produk lain yang diragui kepada Bahagian Komplians dan Perlesenan, Jabatan Perkhidmatan Farmasi. Kementerian Kesihatan akan terus menjalankan pemantauan secara beterusan dan keselamatan orang ramai adalah menjadi keutamaan. 

 

Untuk maklumat dan perhubungan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Komplians dan Perlesenan melalui talian telefon 2393301 sambungan 208; menghantar e-mel kepada pharmacy.enforcement@moh.gov.bn; berjumpa terus Pegawai Komplians dan Perlesenan di Tingkat 1, Bangunan Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kg Madaras, Mukim Gadong A; atau hubungi Talian Darussalam 123.

 

-TAMAT-

 

Rujukan:         KK/JDP/PR 3/2

Tarikh:           17 Syawal 1447H / 06 April 2026M

Other News Highlights

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan satu (1) produk kesihatan seperti tersenarai di bawah. Berdasarkan hasil laporan ujian makmal Bahagian...

Yang Berhormat Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam Menghadiri Persidangan Tahunan Forum Zhongguancun 2026 Di Beijing, Republik Rakyat China

Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan telah menghadiri Persidangan Tahunan Forum Zhongguancun 2026 (The 2026 ZGC Forum Annual Conference)...

Situasi Penyakit Meningokokal Di United Kingdom Dan Penilaian Risiko Kepada Negara Brunei Darussalam

Rabu, 28 Ramadhan 1447H / 18 Mac 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai kejadian wabak penyakit meningokokal yang dilaporkan di...

Majlis Bertadarus Dan Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim Bagi Warga Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam Dan Pejabat Kesihatan Temburong Sempena Bulan Ramadhan 1447H/2026M

Selasa, 20 Ramadhan 1447 bersamaan 10 Mac 2026 – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Bertadarus Al-Quran (Bacaan Juzuk 26) diselajurkan dengan Bacaan Tahlil dan Doa...

Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran, Khatam Al-Quran Dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Bagi Kementerian Kesihatan Dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya Tahun 1447H/2026M

Selasa, 20 Ramadhan 1447H Bersamaan 10 Mac 2026M – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran, Khatam Al-Quran dan Penyampaian Derma kepada anak-anak yatim...

MOH Prihatin 1447H/2026M

Ahad, 18 Ramadhan 1447H bersamaan 08 Mac 2026M– Kementerian Kesihatanmengadakan lawatan ke rumah-rumah pesakit yang kurang berkemampuan bagi menyampaikan sumbangan derma, barang-barang keperluan asasi...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search