Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

March 3, 2026

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan satu (1) produk kesihatan seperti tersenarai di bawah. Berdasarkan hasil laporan ujian makmal Bahagian Farmasi, Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan telah mendapati bahawa produk berkenaan mengandungi bahan kimia yang tidak diisyitiharkan, iaitu racun berjadual di bawah Akta Racun 1956 yang tidak dibenarkan dalam Produk Kesihatan.

 

Produk Kesihatan berkenaan adalah seperti berikut:

No.

Nama Product

Pengilang

Dicemari dengan

1.

Midos Sujin Tonmainin

Nam King Drugs

18, Kawasan Perindustrian Jelutong, Penang, Malaysia.

Dexamethasone/ Betamethasone

 

Penggunaan bahan-bahan ini tanpa pemantauan perubatan, boleh menyebabkan kesan mudarat yang membahayakan kesihatan, terutamanya jika diambil secara berterusan. 

 

Pengambilan steroid seperti Dexamethasone dan Betamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan perubatan boleh menyebabkan peningkatan  paras gula dalam darah yang boleh mengakibatkan penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, katarak, penyakit otot dan tulang seperti osteoporosis, peningkatan risiko jangkitan, serta boleh mengakibatkan Cushing’s syndrome. Ciri-ciri Cushing’s syndrome adalah seperti muka bulat  (moon face) serta kegemukkan pada bahagian  atas badan dengan anggota tangan dan kaki yang kelihatan kurus. Penghentian steroid tanpa pengawasan perubatan boleh menyebabkan gejala penarikan (withdrawal symptoms). Simptom-simptom penarikan  termasuk keletihan, sakit otot dan sendi, demam, paras gula darah rendah, tekanan darah yang rendah serta dehidrasi.

 

Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan bagi penjualan produk tersebut. Sehubungan dengan dapatan ini, produk berkenaan adalah dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam.

 

Orang ramai yang telah membeli atau memakan produk tersebut adalah dinasihatkan untuk memberhentikan pengambilannya dengan serta merta. Jika mereka mengalami kesan sampingan dan merasa tidak sihat selepas memakan produk berkenaan, hendaklah berjumpa doktor dengan segera. 

 

Orang ramai dinasihatkan agar mendapatkan nasihat daripada doktor atau pegawai farmasi sebelum mengambil sebarang produk kesihatan. Elakkan daripada membeli atau menggunakan produk dari sumber yang tidak diketahui, khususnya melalui platform dalam talian. Orang ramai juga dinasihatkan untuk meneliti setiap tuntutan produk dengan berwaspada, terutamanya produk yang mendakwa memberi kesan segera atau ‘tiada kesan sampingan’.

 

Orang ramai yang terlibat dalam penjualan produk tersebut (termasuk penjualan secara dalam talian seperti melalui Facebook dan sebagainya) adalah diingatkan bahawa ianya adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Racun 1956 untuk menjual mana-mana produk yang mengandungi bahan yang dikawal di bawah Akta berkenaan dan boleh dikenakan denda sebanyak $8,000 atau penjara enam (6) bulan, jika didapati bersalah. Disamping itu, jika seseorang melakukan sesuatu di atas kecuaiannya sendiri yang membahayakan atau mungkin membahayakan nyawa manusia, jika diadapati bersalah, akan didenda sebanyak $ 16,000 dan dua belas (12) bulan penjara.

 

Kementerian Kesihatan juga ingin memohon kerjasama dari orang ramai untuk melaporkan jika sekiranya mendapati produk berkenaan masih dipasarkan di negara ini atau mana-mana produk lain yang diragui kepada Bahagian Komplians dan Perlesenan, Jabatan Perkhidmatan Farmasi. Kementerian Kesihatan akan terus menjalankan pemantauan secara beterusan dan keselamatan orang ramai adalah menjadi keutamaan. 

 

Untuk maklumat dan perhubungan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Komplians dan Perlesenan melalui talian telefon 2393301 sambungan 208; menghantar e-mel kepada pharmacy.enforcement@moh.gov.bn; berjumpa terus Pegawai Komplians dan Perlesenan di Tingkat 1, Bangunan Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kg Madaras, Mukim Gadong A; atau hubungi Talian Darussalam 123.

 

-TAMAT-

 

Rujukan         : KK/JDP/PR 3/2

Tarikh            : 12 Ramadan 1447H / 02 Mac 2026M

Other News Highlights

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan satu (1) produk kesihatan seperti tersenarai di bawah. Berdasarkan hasil laporan ujian makmal Bahagian...

Majlis Bertadarus Dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Bagi Warga Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Sempena Bulan Ramadhan 1447H/2026M

Sabtu, 10 Ramadhan 1447H bersamaan 28 Februari 2026M – Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha mengadakan Majlis Bertadarus dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim bagi...

Majlis Bertadarus Dan Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim Bagi Warga Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong Sempena Bulan Ramadhan 1447H/2026M

Khamis, 08 Ramadhan 1446H bersamaan 26 Februari 2026M – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Bertadarus Al-Quran (Bacaan Juzuk 1-6) diselajurkan dengan Bacaan Tahlil dan Doa...

Majlis Doa Kesyukuran Sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Yang Ke-52 Tahun

Rabu, 30 Syaaban 1447H / 18 Februari 2026 – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia...

Sesi Taklimat Kerjaya Penjagaan Kesihatan Kepada Pemimpin Sekolah Dan Guru Kerjaya

Sabtu, 26 Syaaban 1447H / 14 Februari 2026 – Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Unit Pendidikan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan telah mengadakan sesi taklimat...

Majlis Penghargaan Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kesihatan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya yang bersara pada tahun 2024

Khamis, 24 Syaaban 1447H / 12 Februari 2026 – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Penghargaan Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kesihatan Yang Bersara pada Tahun 2024...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search