Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Situasi Jangkitan Penyakit Influenza-Like Illness (Ili) Dan Human Metapneumovirus (Hmpv) Di Negara Brunei Darussalam

Situasi Jangkitan Penyakit Influenza-Like Illness (Ili) Dan Human Metapneumovirus (Hmpv) Di Negara Brunei Darussalam

January 9, 2025

1. Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai status jangkitan penyakit influenza-like illness (ILI) dan human metapneumovirus (hMPV) di Negara Brunei Darussalam, Kementerian Kesihatan sentiasa memantau jangkitan ini melalui sistem pemantauan yang komprehensif sejak tahun 2009 antaranya:
a. kadar jumlah pesakit yang menghidap penyakit yang serupa dengan influenza atau influenza like-illness (ILI) yang mendapatkan rawatan di pusat-pusat kesihatan di negara ini; dan
b. kadar pesakit yang menghidap jangkitan pernafasan akut yang teruk atau severe acute respiratory infection (SARI) yang dirawat di hospital-hospital kerajaan.
Setakat 9hb Januari 2025, tren jangkitan influenza like-illness (ILI) di negara ini kekal stabil tanpa peningkatan berbanding dengan beberapa bulan kebelakangan ini.

2. Peningkatan jangkitan influenza-like illness (ILI) pada hujung dan awal tahun adalah fenomena yang dijangka mengikut musim (seasonal), terutama bagi negara-negara yang sedang mengalami musim sejuk.

3. Selain daripada itu, Kementerian Kesihatan juga ingin memaklumkan orang ramai bahawa jangkitan virus human metapneumovirus (hMPV) bukanlah penyakit yang baru dan tidak dikategorikan sebagai penyakit yang wajib dilaporkan di bawah Akta Penyakit Berjangkit (Penggal 204) di Negara Brunei Darussalam. Ianya adalah satu jangkitan virus yang boleh merebak melalui titisan respiratori seperti kahak (phlegm), air liur atau nasal discharge yang dikeluarkan apabila orang yang dijangkiti bersin, batuk, bercakap atau bernafas. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan langsung dengan permukaan yang tercemar. Virus human metapneumovirus (hMPV) biasanya menyebabkan demam ringan dan simptom seperti demam dan selesema pada individu yang sihat. Walau bagaimanapun, ia boleh menyebabkan jangkitan teruk bagi individu yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak damit, warga emas, dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah.

4. Di Negara Brunei Darussalam sebanyak 45 kes hMPV telah dikesan pada tahun 2024, berbanding 88 kes yang dikesan pada tahun 2023.

5. Buat masa ini, tiada rawatan khusus atau vaksin untuk hMPV. Rawatan adalah tertumpu kepada mengurangkan tanda-tanda jangkitan seperti demam, selesma dan batuk.

6. Sementara itu, orang ramai dinashatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan berikut:
i. Mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi;
ii. Kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun, atau hand sanitizer (terutamanya sebelum mengendalikan makanan, sebelum makan, selepas menggunakan tandas, atau selepas batuk atau bersin);
iii. Amalkan etika batuk dan bersin yang betul, serta memakai penutup muka (face mask) jika awda mempunyai simptom jangkitan pernafasan
terutamanya ketika berada di tempat tertutup atau sesak.
iv. Menutup mulut awda dengan tisu apabila batuk atau bersin, dan segera buang tisu tersebut ke dalam tong sampah;
v. Elakkan dari mendekati orang yang sakit, kurang sihat atau yang menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti demam panas, batuk atau sesak nafas;
vi. Mendapatkan rawatan perubatan segera sekiranya gejala berterusan atau bertambah teruk; dan
vii. Sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat.

7. Kementerian Kesihatan sedang giat memantau keadaan di Negara Brunei Darussalam dan pada masa yang sama bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan diperingkat serantau dan global untuk terus mendapatkan maklumat mengenai perkembangan terkini. Langkah-langkah juga diambil untuk memastikan kesiapsiagaan yang berterusan dalam memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan.

8. Kementerian Kesihatan akan memaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa mengenai sebarang perkembangan terkini mengenai jangkitan berkenaan. Untuk maklumat terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.bn, ikuti sosial rasmi Kementerian di @mohbrunei atau hubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 pada bila-bila masa.

– T A M A T – 

Tarikh: 09 Rejab 1446 / 09 Januari 2025
Rujukan: KK/PR/3/1

Other News Highlights

Brunei Darussalam Convenes One Health Workshop To Prioritise Zoonotic Diseases And Strengthen Multisectoral Preparedness

Tuesday, 15 Syaaban 1447H / 5 February 2026 – The Ministry of Health, through the Department of Environmental Health Services is convening the One...

Produk Kosmetik Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Khamis, 10 Syaaban 1447H / 29 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan SATU produk kosmetik yang mana...

Situasi Jangkitan Virus Nipah Di Negara Brunei Darussalam

Rabu, 9 Syaaban 1447H / 28 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai situasi terkini jangkitan Virus Nipah di Negara...

Majlis Sambutan Isra’ Dan Mi’raj Bagi Tahun 1447 Hijrah

Selasa, 08 Syaaban 1447H / 27 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Sambutan Isra’ dan Mi’raj hari ini, bertempat di Dewan Al’-Afiah, Kementerian...

Akses Terhad Ke Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong

Jumaat, 4 Syaaban 1447H / 23 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa berikutan pengumuman Kementerian Pertahanan mengenai Eksesais Semangat...

Gangguan Bekalan Eletrik di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha

Rabu, 24 Rejab 1447H / 14 Januari 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) telah mengalami gangguan...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search