Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2025

Ahad, 25 Jamadilawal 1447H / 16 November 2025 – Bersempena dengan Hari Diabetes Sedunia 2025, Pusat Promosi Kesihatan (HPC) dengan kerjasama Pusat Endokrin, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha serta beberapa jabatan klinikal telah menganjurkan acara sambutan sehari bertempat di OneCity Shopping Centre, dengan tema “Diabetes dan Kesejahteraan” (Diabetes and Wellbeing).   Majlis tersebut telah […]

Sesi Ceramah Kesihatan Sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2025

“Discovering How Investing in Pregnancy and Childhood Impacts a Lifetime”   Sabtu, 11 Jamadilawal 1447H / 1 November 2025M – Bersempena dengan Hari Kanak-Kanak Sedunia yang disambut pada setiap 20 November, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Kebajikan, Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan, Brunei Paediatric Society (BPS) serta Yayasan Kanser Kanak-Kanak (YASKA) telah menganjurkan siri ceramah […]

Majlis Penutup Kursus Induksi Bagi Pegawai-Pegawai Tempatan Baharu Berkhidmat Di Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 2025

Sabtu, 11 Jamadilawal 1447H / 1 November 2025M – Kementerian Kesihatan hari ini telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Induksi bagi Pegawai-pegawai Tempatan Baharu Berkhidmat di Kementerian Kesihatan bagi tahun 2025 bertempat di Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan. Majlis ini menandakan berakhirnya sesi pengenalan rasmi yang bertujuan memperkukuh kefahaman pegawai baharu terhadap hala tuju strategik dan […]

Yang Berhormat Menteri Kesihatan Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia Bagi Pasifik Barat Kali Ke-76

Menteri-Menteri Kesihatan dan para perwakilan dari 38 negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation – WHO) Rantau Pasifik Barat (Western Pacific Region, WPR) sedang berada di Nadi, Republik Kepulauan Fiji bagi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Serantau bagi Rantau Pasifik Barat ke-76 (76th Regional Committee Meeting for the Western Pacific Region, WPR) yang berlangsung pada 20 […]

Situasi Jangkitan Penyakit Influenza Di Negara Brunei Darussalam

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai status jangkitan penyakit influenza di Negara Brunei Darussalam berikutan peningkatan kes jangkitan influenza di negara jiran.   Untuk makluman orang ramai, jangkitan influenza ialah jangkitan pernafasan akut yang disebabkan oleh virus Influenza seperti Influenza A atau B. Ia boleh merebak melalui titisan respiratori seperti kahak (phlegm), air […]

Majlis Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025 Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong

Khamis, 24 Rabiulakhir 1447H bersamaan 16 Oktober 2025M – Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut setiap tahun pada 10 Oktober merupakan inisiatif global untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu kesihatan mental dan kesejahteraan emosi. Dalam persekitaran hospital, aspek kesihatan mental amat penting kerana para pesakit dan petugas kesihatan sering berhadapan dengan tekanan fizikal, emosi dan psikologi. […]

Majlis Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2025

Rabu, 23 Rabiulakhir 1447H bersamaan 15 Oktober 2025M – Kementerian Kesihatan hari ini mengadakan Majlis Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2025 di Ruang Lobi Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Majlis ini dianjurkan oleh Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam (PIHM), Temburong.   Hari Keselamatan Pesakit Sedunia (World Patient Safety Day) disambut […]

Majlis Penutup Pameran Dan Persidangan Antarabangsa Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) 2025

Ahad, 20 Rabiulakhir 1447H / 12 Oktober 2025M– Pameran dan Persidangan Antarabangsa NCD 2025 telah melabuhkan tirainya hari ini di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, selepas lima hari penuh dengan pelbagai program bermanfaat, sesi ceramah interaktif, serta aktiviti yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai penyakit tidak berjangkit (NCD).   Hadir selaki Tetamu Kehormat majlis ialah Yang […]