Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Kohort Ketiga Majlis Global Mengenai Matlamat Pembangunan Mampan

Kohort Ketiga Majlis Global Mengenai Matlamat Pembangunan Mampan

February 15, 2025

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan telah menghadiri Kohort Ketiga Majlis Global Mengenai Matlamat Pembangunan Mampan dan telah diberi penghormatan untuk menjadi Pengerusi Majlis Global yang memberi tumpuan kepada Matlamat Pembangunan Mampan 3: Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik (Chairperson of the Global Council focusing on SDG 3: Good Health and Well-Being) pada Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2025 (World Governments Summit 2025) yang berlangsung pada 11-13 Februari 2025 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Majlis Global Mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) berkenaan, yang telah ditubuhkan pada tahun 2018, bertujuan untuk menginspirasikan tindakan di seluruh dunia ke arah menggalakkan pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dengan memberikan platform kerjasama untuk menyelia projek inovatif dan membincangkan idea kreatif ke arah pelaksanaan tujuhbelas (17) Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di peringkat nasional dan global. Di samping itu ianya juga memberi ruang bagi menganalisa, mengukur impak, dan melaporkan kemajuan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) setiap tahun yang diharapkan akan dapat mengukuhkan kerjasama global ke arah mencapai Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan (The 2030 Agenda For Sustainable Development), khususnya untuk membina semula dengan lebih baik sebagai tindak balas pasca pandemik COVID19.

Beberapa Pemimpin Negara dan Perdana Menteri telah hadir semasa Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2025 (World Governments Summit 2025) yang bertemakan ‘Shaping Future Governments’ termasuk Tuan Yang Terutama Gustavo Petro Urrego, Presiden Republik Colombia; Tuan Yang Terutama Wavel Ramkalawan, Presiden Seychelles; Tuan Yang Terutama Andrzej Duda, Presiden Republik Poland; His Highness Sheikh Ahmad Abdullah Al-Ahmad Al-Sabah, Perdana Menteri Kuwait dan Tuan Yang Terutama Masrour Barzani, Perdana Menteri Kurdistan.

Manakala Kohort Ketiga Majlis Global Mengenai Matlamat Pembangunan Mampan telah dihadiri oleh Menteri-Menteri yang telah diundang untuk menjadi pengerusi (Chairperson) bagi setiap 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) termasuk Tuan Yang Terutama Le Thanh Long, Timbalan Perdana Menteri, Vietnam; Tuan Yang Terutama Thoriq Ibrahim, Menteri  Perubahan Iklim, Alam Sekitar dan Tenaga, Maldives; Yang Berhormat Savannah Maziya, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Teknologi, Eswatini; Yang Berhormat Hon. Adrian R. Forde, M.P. Menteri Alam Sekitar dan Pengindahan Negara, Ekonomi Hijau dan Biru, Barbados; serta Puan Yang Terutama, Ohood Khalfan Al Roumi, selaku Presiden Majlis Global Mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dan Menteri Negara bagi Pembangunan Kerajaan dan Masa Depan, Emiriah Arab Bersatu.

Kohort Ketiga Majlis Global Mengenai Matlamat Pembangunan Mampan tersebut adalah salah satu acara yang dijadualkan dalam program SDGs in Action 2025 “Envisioning 2045: Inclusive Pathways to Sustainable Development” semasa Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2025 (World Governments Summit 2025) yang telah berlangsung selama 3 hari, di mana Yang Berhormat Menteri Kesihatan juga telah dijemput untuk menyertai beberapa acara lain termasuk sesi XDGs 2045 Ministerial Roundtable, SDGs in Action Forum dan Global Health Forum.

Semasa sesi XDGs 2045 Ministerial Roundtable, Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah menyertai perbincangan mengenai masa depan selepas Matlamat Pembangunan Mampan (SGDs) 2015-2030, termasuk menerokai strategi jangka panjang dan rangka kerja inovatif untuk membimbing agenda pembangunan global, membincangkan mekanisme untuk meningkatkan kerjasama di kalangan kerajaan, sektor swasta, NGO dan organisasi antarabangsa, dan mengenalpasti inovasi transformatif yang boleh memacu kemajuan ke arah XDGs 2045.

Sementara itu, semasa sesi SDGs in Action Forum, Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah dijemput untuk menjadi ahli panel bagi forum ‘Innovative Strategies for Universal Health Coverage and Reducing Health Inequalities’ yang mana perbincangan telah memfokuskan kepada meneroka strategi inovatif untuk mencapai liputan kesihatan sejagat (UHC) dan mengurangkan ketidaksamaan kesihatan. Pada sesi tersebut, Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah mengetengahkan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam penjagaan kesihatan ke arah liputan kesihatan sejagat yang mampan termasuk kapasiti sumber manusia, peningkatan kos penjagaan kesihatan, peningkatan penyakit-penyakit tidak berjangkit dengan penuaan penduduk, serta mengongsikan pengalaman mengenai health digitisation yang dilaksanakan di Negara Brunei Darussalam termasuk penggunaan BruHealth dalam program saringan kebangsaan dalam usaha untuk mengukuhkan sistem kesihatan, memastikan akses penjagaan kesihatan yang saksama dan membina daya tahan terhadap penjagaan kesihatan untuk masa hadapan.

Manakala, semasa Global Health Forum, Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah diundang untuk menjadi ahli panel bagi forum ‘From Vision to Reality’.
yang mana perbincangan telah memfokuskan kepada sistem penjagaan kesihatan dalam era pasca COVID dan visi untuk masa depan penjagaan kesihatan. Pada forum tersebut, Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah mengongsikan mengenai inisiatif-inisiatif dan pencapaian Kementerian Kesihatan Brunei Darussalam termasuk penggunaan AI dalam saringan diabetic retinopathy dan kanser payudara yang telah membantu menaiktaraf dan meningkatkan akses perkhidmatan saringan. Yang Berhormat Menteri Kesihatan juga telah mengetengahkan potensi AI untuk membantu sistem kesihatan yang mempunyai cabaran tenaga kerja manusia dan untuk melihatnya sebagai  ‘enabler’ dan bukannya menggantikan manusia, dalam membangunkan sistem kesihatan yang berdaya tahan.

Semasa di UAE, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar juga berkesempatan untuk membuat perjumpaan dengan Dr. Amer Ahmad Sharif, CEO of Dubai Health / Dubai Academic Health Corporation and President of Mohammed Bin Rashid University of Medicine and Health Sciences (MBRU) bagi membincangkan peluang kerjasama dan kepentingan Bersama dalam membangun system kesihatan nasional dan global.

– T A M A T –

Bertarikh: 15 Syaaban 1446H / 14 Februari 2025
Rujukan: KK/PR/3/1

Other News Highlights

Majlis Penyerahan Dua Buah Ambulans Penjagaan Intensif Dengan Tekanan Negatif

Selasa, 27 Jamadilawal 1447H / 18 November 2025 – Kementerian Kesihatan hari ini mengadakan Majlis Penyerahan dua (2) buah Ambulans Penjagaan Intensif Dengan Tekanan...

Sambutan Hari Diabetis Sedunia 2025 bagi Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait

Isnin, 26 Jamadilawal 1447H / 17 November 2025 – Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait telah mengadakan Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2025 bagi Daerah...

Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2025

Ahad, 25 Jamadilawal 1447H / 16 November 2025 – Bersempena dengan Hari Diabetes Sedunia 2025, Pusat Promosi Kesihatan (HPC) dengan kerjasama Pusat Endokrin, Hospital...

Majlis Doa’ Selamat, Berdikir Sebelum Berkhatan Bagi Hospital SSB, Kuala Belait Bagi Tahun 1447H/2025M

Khamis, 22 Jamadilawal 1447H / 13 November 2025 – Dalam masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam, berkhatan lazimnya dilaksanakan ketika kanak-kanak berumur 5 hingga...

The 40th Meeting of The Pharmaceutical Product Working Group (PPWG) and Its Related Meetings

Wednesday, 21 Jamadilawal 1447H / 12 November 2025 – The Ministry of Health held the 40th Meeting of the Pharmaceutical Product Working Group (PPWG)...

Majlis Penutup Kursus Induksi Bagi Pegawai-Pegawai Tempatan Baharu Berkhidmat Di Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 2025

Sabtu, 11 Jamadilawal 1447H / 1 November 2025M – Kementerian Kesihatan hari ini telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Induksi bagi Pegawai-pegawai Tempatan Baharu Berkhidmat...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2025 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search