Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Pelancaran Perkhidmatan SMS dan Aplikasi MyDST Untuk Kutipan Ihsan bagi Tabung Amal Bantuan Pesakit Kementerian Kesihatan

Majlis Pelancaran Perkhidmatan SMS dan Aplikasi MyDST Untuk Kutipan Ihsan bagi Tabung Amal Bantuan Pesakit Kementerian Kesihatan

August 25, 2025

Isnin, 1 Rabiulawal  1447 / 25 Ogos 2025 – Majlis Pelancaran Perkhidmatan SMS dan Aplikasi MyDST untuk kutipan Ihsan bagi Tabung Amal Bantuan Pesakit Kementerian Kesihatan telah diadakan pada hari ini di Dewan Mutiara Skyline, Aras 12, Bangunan Mutiara Exchange, Jalan Tungku Link.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan Pelancaran Perkhidmatan SMS dan Aplikasi MyDST Untuk Kutipan Ihsan Bagi Tabung Amal Bantuan Pesakit (TABP) Kementerian Kesihatan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan. Mengiringi tetamu kehormat bagi pelancaran tersebut ialah Yang Mulia Radin Sufri Radin Basiuni, Ketua Pegawai Eksekutif Datastream Digital Sdn Bhd (DST).

 

Terdahulu daripada penyempurnaan pelancaran tersebut, tayangan klip video dipersembahkan yang memaparkan tujuan kutipan Tabung, diikuti dengan video kedua yang menunjukkan langkah demi langkah cara untuk membuat sumbangan melalui aplikasi MyDST dan SMS.

 

Orang ramai berpeluang untuk menyumbang kepada Tabung Amal Bantuan Pesakit Kementerian Kesihatan bermula pada 25 Ogos 2025 melalui dua saluran mudah:

Perkhidmatan SMS dengan menaip IHSAN 1/5/10/15/20/50/100 untuk $1/$5/$10/$15/$20/$50/$100 dan hantar ke 38111.

 

Sumbangan juga boleh dibuat dengan lebih mudah melalui aplikasi MyDST dengan langkah-langkah berikut:

  1. Tekan butang ‘Donation’
  2. Pilih ‘Gov Services’
  3. Pilih ‘MOH’
  4. Tekan ‘Tabung Amal Bantuan Pesakit Kementerian Kesihatan’
  5. Pilih jumlah sumbangan yang diinginkan
  6. Masukkan ‘Security Pin’
  7. Selesai

TABP telahpun dilancarkan pada 30 Mac 2007 dan dikendalikan oleh Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan.   Tabung untuk bantuan serta merta dan secara sementara kepada pesakit yang dirujuk ke Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan untuk memastikan pesakit akan mendapat akses kepada penjagaan kesihatan dan sokongan psiko-sosial demi meningkatkan kualiti hidup mereka.

 

Turut hadir pada majlis ini ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, wakil-wakil daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jerudong Park Medical Centre,  Ketua-ketua Jabatan, pegawai dan kakitangan daripada Kementerian Kesihatan serta DST.

 

Untuk maklumat lanjut, orang ramai juga boleh menghubungi Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan (Medical Social Work, MSW) seperti berikut:

  • Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha – 2242424 sambungan 5809;
  • Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait – 3335331 sambungan 4224 / 4227;
  • Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong – 4221010 sambungan 174 / 175;

atau melalui emel msw@moh.gov.bn.

-T A M A T –

 

Tarikh                    : 1 Rabiulawal 1447 / 25 Ogos 2025

Rujukan               : KK/PR/3/1

Other News Highlights

MOH Prihatin 1447H/2026M

Ahad, 18 Ramadhan 1447H bersamaan 08 Mac 2026M– Kementerian Kesihatanmengadakan lawatan ke rumah-rumah pesakit yang kurang berkemampuan bagi menyampaikan sumbangan derma, barang-barang keperluan asasi...

Majlis Bertadarus Dan Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim Bagi Warga Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait Sempena Bulan Ramadhan 1447H/2026M

Hari Khamis, 15 Ramadhan 1447H / 05 Mac 2026M– Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Bertadarus Al-Quran dan penyampaian derma kepada anak-anak yatim sempena bulan Ramadhan...

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan satu (1) produk kesihatan seperti tersenarai di bawah. Berdasarkan hasil laporan ujian makmal Bahagian...

Majlis Bertadarus Dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Bagi Warga Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Sempena Bulan Ramadhan 1447H/2026M

Sabtu, 10 Ramadhan 1447H bersamaan 28 Februari 2026M – Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha mengadakan Majlis Bertadarus dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim bagi...

Majlis Bertadarus Dan Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim Bagi Warga Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong Sempena Bulan Ramadhan 1447H/2026M

Khamis, 08 Ramadhan 1446H bersamaan 26 Februari 2026M – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Bertadarus Al-Quran (Bacaan Juzuk 1-6) diselajurkan dengan Bacaan Tahlil dan Doa...

Majlis Doa Kesyukuran Sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Yang Ke-52 Tahun

Rabu, 30 Syaaban 1447H / 18 Februari 2026 – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search