Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia tahun 2025 Bagi Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia tahun 2025 Bagi Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait

August 7, 2025

Rabu, 12 Safar 1447H / 06 Ogos 2025 – Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia merupakan aktiviti tahunan yang disambut pada setiap bulan Ogos setiap tahun. Walaupun mempunyai tema berbeza setiap kali penganjurannya, namun sambutan ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu berkaitan penyusuan susu ibu.

 

Pada tahun ini, tema sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu adalah Mengutamakan Penyusuan Susu Ibu: Cipta Sistem Sokongan yang Mampan (‘Prioritize Breastfeeding: Create Sustainable Support Systems’).

 

Sambutan ini secara keseluruhannya diadakan bagi mencapai objektif-objektif berikut:

  • Meningkatkan kesedaran global dengan menekankan kepentingan PSI sebagai amalan pemakanan terbauk untuk anak damit dan kanak-kanak.
  • Memperkasa golongan ibu menyusu dengan memberi sokongan yang berterusan dalam usaha mereka menyusukan anak damit.
  • Merapatkan jurang dengan memastikan ibu, tanpa mengira latar belakang atau keadaan, mempunyai akses kepada sokongan yang mereka perlukan untuk berjaya dalam PSI.

 

Tetamu Kehormat di majlis ini ialah Yang Mulia Doktor Hajah Lailawati binti Haji Jumat , Pemangku Ketua Pengarah Perubatan dan Kesihatan, Kementerian Kesihatan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Ustaz Haji Md Ali Omar, Ketua Guru Ugama. Acara diteruskan dengan forum-forum di bawah Program Penyusuan Susu Ibu serta aktiviti sambutan seperti pameran mini. Pameran mini ini diadakan di Lobi Blok Perempuan dan Kanak-kanak, Aras Bawah, Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait. Orang ramai dialu-alukan hadir bagi memeriahkan aktiviti-aktiviti ini yang akan diadakan pada 6 hingga 7 Ogos 2025 pada jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai serta Kakitangan Hospital Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait.

 

-TAMAT-

Tarikh:           12 Safar 1447H / 06 Ogos 2025

Rujukan:        KK/PR/3/1

Other News Highlights

MOH Prihatin 1447H/2026M

Ahad, 18 Ramadhan 1447H bersamaan 08 Mac 2026M– Kementerian Kesihatanmengadakan lawatan ke rumah-rumah pesakit yang kurang berkemampuan bagi menyampaikan sumbangan derma, barang-barang keperluan asasi...

Majlis Bertadarus Dan Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim Bagi Warga Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait Sempena Bulan Ramadhan 1447H/2026M

Hari Khamis, 15 Ramadhan 1447H / 05 Mac 2026M– Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Bertadarus Al-Quran dan penyampaian derma kepada anak-anak yatim sempena bulan Ramadhan...

Produk Kesihatan Didapati Dicemari Dengan Bahan Terlarang

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan satu (1) produk kesihatan seperti tersenarai di bawah. Berdasarkan hasil laporan ujian makmal Bahagian...

Majlis Bertadarus Dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Bagi Warga Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Sempena Bulan Ramadhan 1447H/2026M

Sabtu, 10 Ramadhan 1447H bersamaan 28 Februari 2026M – Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha mengadakan Majlis Bertadarus dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim bagi...

Majlis Bertadarus Dan Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim Bagi Warga Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong Sempena Bulan Ramadhan 1447H/2026M

Khamis, 08 Ramadhan 1446H bersamaan 26 Februari 2026M – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Bertadarus Al-Quran (Bacaan Juzuk 1-6) diselajurkan dengan Bacaan Tahlil dan Doa...

Majlis Doa Kesyukuran Sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Yang Ke-52 Tahun

Rabu, 30 Syaaban 1447H / 18 Februari 2026 – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search