Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Situasi Terkini Mengenai Penyakit Ebola Yang Disebabkan Oleh Virus Bundibugyo

Situasi Terkini Mengenai Penyakit Ebola Yang Disebabkan Oleh Virus Bundibugyo

May 21, 2026

Khamis, 21 Mei 2026M / 04 Zulhijjah 1447H – Wilayah Ituri, Republik Demokratik Kongo kini dilanda wabak virus Bundibugyo (BVD), iaitu sejenis penyakit Ebola. Wabak ini juga telah dikesan di Uganda dan Kinshasa, RDC.

Setakat 16 Mei 2026, sebanyak 246 kes disyaki, 80 kematian, dan 8 kes disahkan telah dilaporkan di beberapa kawasan terjejas di Wilayah Ituri.

Berikutan dengan itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak ini sebagai ‘Public Health Emergency of International Concern’ (PHEIC) di bawah ‘International Health Regulations’ (2005) pada 17 Mei 2026, iaitu keadaan belum diklasifikasikan sebagai kecemasan pandemik dan masih di tahap rendah.

Penilaian risiko penularan penyakit virus Bundibugyo (BVD) ke Negara Brunei Darussalam adalah di tahap rendah.  Walaubagaimanapun, Kementerian Kesihatan menyarankan orang ramai dan para pelancong untuk:

  • Mengelakkan perjalanan yang tidak penting ke kawasan terjejas di RDC dan Uganda;
  • Mendapatkan rawatan perubatan segera sekiranya mengalami gejala dalam tempoh 21 hari selepas pulang dari kawasan terjejas;
  • Memaklumkan sejarah perjalanan kepada petugas kesihatan; dan
  • Terus mengamalkan kebersihan tangan seperti mencuci tangan dengan sabun dan air atau menggunakan pembersih tangan berasaskan alkohol.

 

Untuk makluman orang ramai, gejala awal termasuk demam, sakit kepala yang teruk, keletihan, sakit otot, sakit tekak, dan hilang selera makan. Apabila penyakit semakin serius, pesakit boleh mengalami muntah, cirit-birit, ruam kulit, komplikasi pendarahan, kegagalan organ, dan dalam kes yang teruk, kematian. Virus Bundibugyo berjangkit melalui kontak langsung dengan darah atau cecair badan individu atau haiwan yang dijangkiti. Penyakit ini tidak merebak melalui udara dan hanya boleh menjangkiti orang lain selepas gejala mula timbul.

Pada ketika ini, belum ada vaksin atau rawatan khusus yang diluluskan bagi virus Bundibugyo. Akan tetapi, rawatan awal dan penjagaan sokongan boleh membantu meningkatkan peluang untuk sembuh.

Pada masa ini, tiada sekatan perjalanan dikenakan kepada orang awam selain meningkatkan langkah berjaga-jaga dan kesedaran di kalangan pelancong.

Kementerian Kesihatan akan terus memantau situasi semasa serta memberikan maklumat terkini kepada orang ramai apabila diperlukan. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau aplikasi BruHealth.

-TAMAT-

Rujukan:          KK/JDP/PR 3/2

Other News Highlights

Yang Berhormat Menteri Kesihatan Negara Brunei Darussalam Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia Bagi Pasifik Barat Kali Ke-77

Jumaat, 12 Jamadilawal 1448H / 23 Oktober 2026 – Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Md Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan, telah...

Majlis Tahlil Dan Ceramah Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026

Sabtu, 6 Jamadilawal 1448H bersamaan 17 Oktober 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Tahlil...

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Dart Kementerian Kesihatan Piala Pusingan Yang Berhormat Menteri Kesihatan Tahun 2026

Ahad, 29 Rabiulakhir 1448H / 11 Oktober 2026 – Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Kesihatan telah mengadakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Dart...

Forum Compassionate Health Care “Caring With Heart”

Khamis, 26 Rabiulakhir 1448H / 8 Oktober 2026 – Kementerian Kesihatan melalui Seksyen Kualiti, Unit Kualiti dan Keselamatan Pesakit, mengadakan Forum Compassionate Health Care...

Strategic Planning Workshop 1: National Ten-Year Roadmap For Successful Ageing In Brunei Darussalam

Wednesday, 18 Rabiulakhir 1448H / 30 September 2026 – The Ministry of Health, in collaboration with the Centre for Strategic and Policy Studies (CSPS),...

Regional Public Health Laboratory (RPHL) Network Annual Partnership Forum 2026

Bandar Seri Begawan, Tuesday, 22 September 2026 / 10 Rabiulakhir 1448H – The Ministry of Health, Brunei Darussalam, in collaboration with the Regional Public...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X