Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Situasi Terkini Mengenai Jangkitan Hantavirus Di Negara Brunei Darussalam

Situasi Terkini Mengenai Jangkitan Hantavirus Di Negara Brunei Darussalam

May 9, 2026

Jumaat, 20 Zulkaedah 1447H / 08 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai situasi jangkitan Hantavirus. Pada 2 Mei 2026, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menerima laporan mengenai kluster jangkitan pernafasan akut yang teruk di atas kapal MV Hondius, iaitu sebuah kapal persiaran ekspedisi berdaftar di negara Belanda yang berlepas dari Ushuaia, Argentina dengan 147 individu melibatkan penumpang dan anak kapal daripada 23 buah negara.

 

Hantavirus cardiopulmonary syndrome (HCPS) ataupun dikenali sebagai hantavirus pulmonary syndrome (HPS) ialah sejenis penyakit zoonotik yang disebabkan oleh hantavirus yang dibawa oleh tikus. Manusia boleh dijangkiti melalui sedutan (inhalation) debu yang tercemar dengan air kencing, najis atau air liur tikus yang dijangkiti atau melalui sentuhan pada permukaan yang telah tercemar. Jangkitan sesama manusia (human-to-human) juga telah dilaporkan bagi beberapa jenis strain hantavirus.

 

Simptom awal jangkitan hantavirus termasuk demam, sakit kepala, sakit otot, keletihan, rasa mual, muntah dan sakit perut. Bagi kes yang lebih teruk, jangkitan boleh menyebabkan kesukaran bernafas, komplikasi pada paru-paru, tekanan darah rendah atau komplikasi buah pinggang yang memerlukan rawatan rapi dan juga kematian.

 

Pada masa ini, tidak ada rawatan ubat antiviral khusus atau vaksin bagi jangkitan hantavirus. Rawatan adalah berbentuk dokongan, seperti pengurusan cecair secara rapi (Intravenous Fluids), pemantauan tekanan darah serta pernafasan yang rapi dan jika diperlukan, rawatan hemodialisis serta bantuan pernafasan.

 

Setakat 5 Mei 2026, sebanyak lapan (8) kes telah dikenalpasti termasuk tiga (3) kes kematian. Kes-kes melibatkan warganegara Belanda, United Kingdom, Switzerland dan Jerman. Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang menjalankan siasatan kes dengan terperinci. Walaubagaimanapun hipotesis menunjukkan bahawa kes pertama berkemungkinan telah awal dijangkiti di Argentina sebelum beliau mengikuti pelayaran dan jangkitan seterusnya berlaku dalam kapal melalui kontak rapat.

 

Setakat ini tiada kes melibatkan warganegara atau penduduk Negara Brunei Darussalam dilaporkan. Berdasarkan penilaian risiko semasa, risiko jangkitan ini kepada Negara Brunei Darussalam adalah pada tahap rendah memandangkan virus ini tidak endemik di dalam negara. Selain itu, tidak ada aktiviti pelayaran ekspedisi secara langsung ke kawasan terjejas dikenalpasti.

 

Sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan menasihatkan individu yang baru pulang dari kawasan terjejas terutamanya Patagonia dan Argentina dan mengalami demam atau simptom pernafasan supaya segera mendapatkan rawatan perubatan. Orang ramai juga diingatkan supaya sentiasa mengamalkan kebersihan dengan kerap mencuci tangan serta menjaga etika batuk dan bersin seperti menutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin.

 

Kementerian Kesihatan akan terus memantau situasi wabak di dalam negara, di peringkat serantau dan global serta memastikan kesiapsiagaan berterusan dalam perkhidmatan kesihatan. Kementerian Kesihatan akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai sebarang perubahan mengenai situasi ini, jika perlu dari masa ke semasa.

 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau melalui applikasi BruHealth.

– T A M A T –

 Rujukan:          KK/JDP/PR 3

Other News Highlights

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan

Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Kali Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan (17th ASEAN Health Ministers Meeting And Related Meetings) telah bersidang di Kuala Lumpur, Malaysia pada...

Health Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public to five (5)...

Cosmetic Product Found Adulterated

Tuesday, 8 September 2026 / 26 Rabiulawal 1448H – The Ministry of Health would like to alert members of the public on ONE cosmetic...

Nasihat Kesihatan Semasa Jerebu

Selasa, 1 September 2026M / 19 Rabiulawal 1448H – Berikutan dengan Siaran Akhbar Bersama mengenai situasi jerebu di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan pada...

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2026 Bagi Daerah Temburong

Rabu, 13 Rabiulawal 1448H bersamaan 26 Ogos 2026 – Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong telah mengadakan Majlis Sambutan...

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Kementerian Kesihatan Bagi Tahun 1448 Hijrah / 2026 Masehi

Sabtu, 16 Rabiulawal 1448H / 29 Ogos 2026M – Jabatan Perkhidmatan Pergigian dan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulud Nabi...

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X