Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Majlis Pembukaan Latihan Dalam Negera Bagi Kursus B dan C: Program Latihan Pembinaan Kapasiti Pengurusan Bencana Kesihatan

Majlis Pembukaan Latihan Dalam Negera Bagi Kursus B dan C: Program Latihan Pembinaan Kapasiti Pengurusan Bencana Kesihatan

May 19, 2025

Sabtu, 19 Zulkaedah 1445H / 17 Mei 2025 – Selaras dengan ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (AADMER), Negara Brunei Darussalam bersama negara-negara anggota yang lain terus memperkukuhkan kerjasama dalam pengurangan risiko dan tindak balas terhadap bencana. Komitmen bersama ini diperkukuhkan lagi melalui Pengisytiharan Pemimpin ASEAN mengenai “One ASEAN One Response” dan Pengisytiharan Pemimpin ASEAN mengenai Pengurusan Bencana Kesihatan. Pelan Tindakan yang menyusuli pengisytiharan ini, yang disokong di bawah Project for Strengthening ASEAN Regional Capacity for Disaster Health Management (ARCH Project), menggariskan inisiatif strategik untuk membangunkan sistem kesihatan yang berdaya tahan terhadap bencana dalam ASEAN. Antara aspek penting dalam aktiviti Projek ARCH adalah pelaksanaan program latihan pembinaan kapasiti dalam bidang pengurusan kesihatan bencana.

 

Basic Course (B-course) dan Coordination Course (C-course) telah dibangunkan di bawah ARCH Project dan telah berjaya dilaksanakan di beberapa buah negara anggota ASEAN. Menyedari keperluan untuk memperkukuh kapasiti negara dan menyesuaikan latihan mengikut keperluan khusus Negara Brunei Darussalam, kedua-dua kursus berkenaan dilaksanakan secara serentak sebagai sebahagian daripada program latihan yang dijalankan.

 

Kursus latihan selama empat hari ini disokong oleh ARCH Project dengan khidmat Nasihat dan tunjuk ajar daripada pasukan tenaga pengajar yang berpengalaman serta penyediaan bahan latihan khusus yang telah dibangunkan menerusi projek tersebut. Modul-modul kursus telah disesuaikan dengan konteks tempatan dan akan disampaikan melalui gabungan sesi bersama dan berasingan oleh pengajar antarabangsa dan tempatan. Seramai 60 orang pakar dari pelbagai peringkat sistem penjagaan kesihatan dan tindak balas kecemasan menyertai kursus Latihan berkenaan, termasuk penyertaan daripada Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi yang berkepentingan. Pendekatan bersama ini menggalakkan perkongsian ilmu, kerjasama antara Kementerian dan agensi-agensi serta pemahaman bersama mengenai peranan dan tanggungjawab semasa situasi bencana.

 Objektif program latihan dalam negara ini adalah untuk:

  1. Meneguhkan semula komitmen Negara Brunei Darussalam terhadap Pengisytiharan Pemimpin ASEAN mengenai Pengurusan Bencana Kesihatan melalui pencapaian sasaran peringkat kebangsaan seperti yang digariskan dalam Pelan Tindakan;
  2. Memperkukuh keupayaan tindak balas bencana negara dengan membangunkan dan melatih Pasukan Perubatan Kecemasan (EMT); dan
  3. Mewujudkan kaedah yang berkesan untuk operasi EMT, termasuk penyelarasan, pengurusan maklumat dan bantuan logistik semasa kecemasan.

 

Majlis Pembukaan telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat, Yang Mulia Dr Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Bersama, Yang Mulia Dr Hajah Lailawati binti Haji Jumat, Pengarah Perkhidmatan Hospital, Kementerian Kesihatan. Tetamu Kehormat seterusnya menyampaikan ucapan pembukaan, disusuli dengan ucaptama oleh Yang Mulia Ikeda Shuichi, Penasihat Utama Projek ARCH.

 

Turut hadir ialah Yang Mulia Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Kementerian Kesihatan; Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan serta warga Kementerian Kesihatan.

-T A M A T –

 

Date   :         19 Zulkaedah 1445H / 17 Mei 2025

Ref.    :         KK/PR/3/1

Other News Highlights

Majlis Ibadah Korban Kementerian Kesihatan

Sabtu, 12 Zulhijjah 1447H / 30 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi tahun ini, berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian...

Mesyuarat Sesi Lembaga Eksekutif Ke-159 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (159th Session Executive Board Of The World Health Organisation) 25 – 26 Mei 2026, Geneva, Switzerland

Rabu, 9 Zulhijjah 1447H / 27 Mei 2026 – Negara-negara ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (Executive Board – EB, of the World Health...

Sesi Perjumpaan Dan Dialog Bersama Pelajar-Pelajar Dalam Bidang Perubatan, Pergigian, Kejururawatan, Farmasi Dan Profesional Kesihatan Bersekutu (Allied Health Professional) Serta Doktor-Doktor Yang Mengikuti Latihan Kepakaran, 23 Mei 2026, Glasgow, United Kingdom

Isnin, 7 Zulhijjah 1447H / 25 Mei 2026 – Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dr Hjh Rafidah binti Hj...

Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke–79 (79th World Health Assembly)

Negara Brunei Darussalam beserta negara-negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation – WHO) menyertai Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-79 (WHA79), yang sedang berlangsung pada...

Peningkatan Kesedaran Kebersihan Awam Dan Pencegahan Penyakit Bawaan Haiwan Perosak

Khamis, 3 Zulhijjah 1447H/ 21 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan mengambil maklum mengenai kebimbangan orang ramai berikutan laporan antarabangsa mengenai jangkitan Hantavirus dan isu...

Situasi Terkini Mengenai Penyakit Ebola Yang Disebabkan Oleh Virus Bundibugyo

Khamis, 21 Mei 2026M / 04 Zulhijjah 1447H – Wilayah Ituri, Republik Demokratik Kongo kini dilanda wabak virus Bundibugyo (BVD), iaitu sejenis penyakit Ebola....

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X