Skip to content
Ministry of Health Brunei Logo
  • Care at MOH
    • National Health Screening Programme
    • Paediatrics Department
    • Dental Services
    • Foreign Worker Health Screening Services
    • Pharmacy Services
    • Cardiology Department
    • Radiology Services
    • Vaccination Services
    View All Services
  • News Highlights
    • Newsroom
    • Health Messages from the Minister (Perutusan)
    • Connect
    • Sign up for e-Newsletter
    Discover More
  • About Us
    • Our Leadership
    • Strategic Plan
    • Ministry Departments
    • Professional Board
    • EOI, Tenders, & Quotations
    • Explore Careers
    • Policies
    • Journals and Publications
    • Legislation
    • Our Partners
    • Digital Health
    • Climate, Health and Sustainability Taskforce
    • Biomedical Research & Ethics Unit
    • Contact Us
    • Rate This Website
    Discover More
  • Resources
  • MOHcares App

Yang Berhormat Menteri Kesihatan Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia Bagi Pasifik Barat Kali Ke-76

Yang Berhormat Menteri Kesihatan Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia Bagi Pasifik Barat Kali Ke-76

October 25, 2025
  1. Menteri-Menteri Kesihatan dan para perwakilan dari 38 negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation – WHO) Rantau Pasifik Barat (Western Pacific Region, WPR) sedang berada di Nadi, Republik Kepulauan Fiji bagi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Serantau bagi Rantau Pasifik Barat ke-76 (76th Regional Committee Meeting for the Western Pacific Region, WPR) yang berlangsung pada 20 hingga 24 Oktober 2025. Delegasi Negara Brunei Darussalam ke Mesyuarat tersebut diketuai oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan dengan disertai oleh beberapa pegawai kanan Kementerian Kesihatan.

 

  1. Mesyuarat kali ke-76 ini telahpun dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dr Ratu Atonio Rabici Lalabalavu, Menteri Kesihatan dan Perkhidmatan Perubatan, Republik Kepulauan Fiji, dan membincangkan isu-isu kesihatan semasa, dasar-dasar, program-program dan hala tuju masa depan WHO bagi Rantau Pasifik Barat (Western Pacific Region, WPR), termasuk penelitian laporan Pengarah Serantau Pejabat Rantau Pasifik Barat, peruntukan program dan pelaksanaan projek-projek, pemantauan perkembangan isu-isu kesihatan dan projek-projek mengikut keutamaan serta penyelarasan kerja-kerja yang dijalankan di rantau ini. Pada Mesyuarat ke 76 pada tahun ini, isu-isu teknikal yang diketengahkan antara lain membincangkan mengenai peralihan penjagaan kesihatan mental untuk menangani cabaran global; perubahan iklim dan keselamatan serta kedayatahanan sistem kesihatan, melaksanakan pindaan peraturan kesihatan antarabangsa (International Health Regulations, IHR) (2005), kesihatan oral, dan kawalan alkohol. Selain itu, isu dasar, pentadbiran dan perlaksanaan tugas WHO, serta penelitian laporan pelaksanaan peruntukan program tahun 2024–2025, dan peruntukan progam tahun 2026–2027 juga dibentangkan disamping laporan kemajuan bagi program-program teknikal yang lain.

 

  1. Semasa mesyuarat berkenaan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, didalam mengulas laporan Pengarah Serantau Pejabat Rantau Pasifik Barat, telahpun mengalu-alukan pendekatan inovatif Laporan Pengarah Serantau WPR bagi 2024–2025, khususnya pengenalan penunjuk khusus setiap negara, yang mana membolehkan setiap negara menanda aras kemajuan kesihatan sendiri, belajar daripada negara ahli serantau dan mengenal pasti dimana WHO boleh mendokong usaha setiap negara. Seterusnya, Negara Brunei Darussalam mengalu-alukan visi Pengarah Serantau “Weaving health for families, communities and societies in the Western Pacific Region (2025–2029)”, yang mana, liputan kesihatan sejagat (universal health coverage UHC) adalah asas sistem pemberian kesihatan, dengan mengutamakan pengukuhan penjagaan kesihatan asasi, pemantauan serta kesiapsiagaan bagi kecemasan kesihatan awam agar perkhidmatan kesihatan adalah berdayatahan didalam menghadapi mana-mana kecemasan seperti wabak penyakit dan perubahan iklim. Yang Berhormat Menteri Kesihatan juga menyuarakan komitmen negara berkaitan Perjanjian Pandemik yang telahpun dipersetujui semasa Perhimpunan Kesihatan Sedunia pada tahun ini termasuk perbincangan lanjut mengenai lampiran Akses Patogen dan Perkongsian Faedah (Pathogen Access and Benefit-Sharing Annex) dan tindakan-tindakan kepada pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (amendments to the International Health Regulations), ke arah kesiapsiagaan yang lebih kukuh dan kapasiti tindak balas yang lebih saksama di seluruh rantau Pasifik Barat.

 

  1. Seterusnya, kerjasama diperingkat multisektoral juga turut diperkukuhkan dalam menangani perkara-perkara seperti isu kekebalan antimikrobial dan zoonosis; memajukan pemakanan dan pencegahan penyakit tidak berjangkit dengan tumpuan khusus pada seribu (1000) hari pertama kehidupan melalui Penyediaan Pelan Strategik Pemakanan Ibu, Anak Damit dan Remaja (2025-2030); dan peningkatan kedayatahanan sistem makmal kesihatan. Selain itu, Negara juga memanfaatkan teknologi kesihatan digital melalui aplikasi BruHealth 5.0 untuk memperkasakan setiap individu, memperkukuhkan pengawasan dan menyepadukan penjagaan kesihatan preventif.

 

  1. Semasa berada di Fiji, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar telah berkesempatan mengadakan kunjungan muhibbah kepada Yang Berhormat Dr Ratu Atonio Rabici Lalabalavu, Menteri Kesihatan dan Perkhidmatan Perubatan, Republik Kepulauan Fiji, serta Yang Berhormat Budi Gunadi Sadikin, Menteri Kesihatan Republik Indonesia bagi membincangkan dan bertukar pandangan mengenai perkembangan sektor kesihatan di Negara masing-masing serta isu-isu kesihatan serantau.

 

-TAMAT-

 

 

Tarikh          : 01 Jamadilawal 1447H / 23 Oktober 2025

Rujukan        : KK/JDP/PR 3

Other News Highlights

Majlis Ibadah Korban Kementerian Kesihatan

Sabtu, 12 Zulhijjah 1447H / 30 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi tahun ini, berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian...

Mesyuarat Sesi Lembaga Eksekutif Ke-159 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (159th Session Executive Board Of The World Health Organisation) 25 – 26 Mei 2026, Geneva, Switzerland

Rabu, 9 Zulhijjah 1447H / 27 Mei 2026 – Negara-negara ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (Executive Board – EB, of the World Health...

Sesi Perjumpaan Dan Dialog Bersama Pelajar-Pelajar Dalam Bidang Perubatan, Pergigian, Kejururawatan, Farmasi Dan Profesional Kesihatan Bersekutu (Allied Health Professional) Serta Doktor-Doktor Yang Mengikuti Latihan Kepakaran, 23 Mei 2026, Glasgow, United Kingdom

Isnin, 7 Zulhijjah 1447H / 25 Mei 2026 – Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dr Hjh Rafidah binti Hj...

Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke–79 (79th World Health Assembly)

Negara Brunei Darussalam beserta negara-negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation – WHO) menyertai Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-79 (WHA79), yang sedang berlangsung pada...

Peningkatan Kesedaran Kebersihan Awam Dan Pencegahan Penyakit Bawaan Haiwan Perosak

Khamis, 3 Zulhijjah 1447H/ 21 Mei 2026 – Kementerian Kesihatan mengambil maklum mengenai kebimbangan orang ramai berikutan laporan antarabangsa mengenai jangkitan Hantavirus dan isu...

Situasi Terkini Mengenai Penyakit Ebola Yang Disebabkan Oleh Virus Bundibugyo

Khamis, 21 Mei 2026M / 04 Zulhijjah 1447H – Wilayah Ituri, Republik Demokratik Kongo kini dilanda wabak virus Bundibugyo (BVD), iaitu sejenis penyakit Ebola....

Ministry of Health Brunei Logo square
Facebook-f Linkedin-in Tiktok Instagram Twitter-x Youtube
Search
Our Healthcare Team
Job Opportunities
Explore Locations
Newsletter Sign-up

About MOH

  • About Us
  • Private Clinics
  • Our Leadership
  • Policies
  • Legislation
  • Journals and Publication

Connect

  • Contact Us
  • Our Partners
  • Resources
  • EOI, Tenders, & Quotations
  • Rate This Website

Emergency Hotlines

  • Ambulance (EMAS): 991
  • Fire & Rescue: 995
  • Police: 993
  • Search & Rescue: 998
  • Talian Darussalam: 123
  • Talian Harapan: 145
  • Talian Nasihat Kesihatan: 148
  • WhatsApp Livechat: 8333123

© 2026 Ministry of Health Brunei. All Rights Reserved. Powered by Activ8 BN Digital Solutions

Subscribe To Our Newsletter

Get notified about new articles

Search
X